Sunday, February 28, 2010

...:: Selamat Menghadapi Ujian P1::..

0 comments

Kepada semua pelajar SK Teluk Gunung
" Selamat Menghadapi Ujian P1 Sesi 2010 "
Tarikh : 01 Mac - 4 Mac 2010

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Wednesday, February 24, 2010

..:: SELAMAT DATANG..::

0 comments
 

....Selamat Datang ke SK Teluk Gunung....
 
diucapkan kepada GPK Kokurikulum baru En Mat Radzuan Bin Mat, yang telah betukar dari SK Merapoh.
Beliau telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 30 tahun dan telah memegang jawatan GPK HEM selama 6 tahun dan GPK Kokurikulum selama 2 tahun. Beliau memegang prinsip "kerja mesti beres dalam apa jua keadaan". Semoga dengan kehadiran beliau dapat memantapkan lagi aktiviti-aktiviti kokurikulum serta dapat membantu SKTG melahirkan atlit-atlit yang hebat di masa akan datang.

Kepada GPK Kokurikulum yang lama En Sabaruddin Bin Abdullah ribuan terima kasih kerana telah mencurahkan bakti selama berkhidmat di SKTG, segala jasa baik beliau amatlah dihargai. Semoga beliau sentiasa sihat sejahtera dan dapat memulakan tugas di sekolah baru dengan jayanya.


Ikhlas dari : Warga SK Teluk Gunung

Perjumpaan Rumah Sukan

0 comments
 
  
  
  
  
 

Tuesday, February 23, 2010

Calon-Calon UPSR 2010

0 comments


Selamat Maju Jaya
Selamat berjuang kepada semua pelajar tahun 6, 2010, kejayaan tidak akan dapat dicapai oleh mereka yang leka.
Semoga anda semua terus berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi UPSR akan datang.

Always bear in mind that your own resolution to succeed is more important than any one thing.


- Abraham Lincoln



Bulan Kesihatan

0 comments










Terima kasih kepada pihak Hospital Daerah Kuala Lipis kerana telah datang membuat pemeriksaan kesihatan murid-murid SKTG sepanjang bulan Januari yang lalu.

Monday, February 22, 2010

Memori 2009

0 comments
 


  


  


  

 

" Semoga pada tahun ini SKTG lebih maju ke hadapan dan mencipta kejayaan demi kejayaan.."

Saturday, February 20, 2010

Utama

0 comments

         SEKAPUR SIREH SK TELUK GUNUNG

           Sekolah Kebangsaan Teluk Gunung diambil nama sempena nama Kg Teluk Gunung. Sekolah ini mula dibuka pada 01 Januari 2003, iaitu kira-kira enam tahun yang lalu. Pada awalnya murid sekolah ini mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Merapoh yang terletak kira-kira 4 km dari sekolah ini
           Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan pelajarnya adalah seramai 257 orang yang terdiri daripada 125 murid lelaki dan 132 murid perempuan. Murid-murid sekolah ini berasal dari Kampung Teluk Gunung serta beberpa kampong berhampiran seperti Kampung Persit, Kampung Berhamah, Kampung Kubang Rusa, Kampung Gua Kalong dan Kampung Bechah Kelubi. Sekolah ini terletak di tepi jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang. Jarak dari Kuala Lipis ialah 93km sementara dari Gua Musang ialah 31km sahaja.
         Encik Ibrahim bin Haji Aziz merupakan guru besar pertama sekolah ini yang mula bertugas pada 01 Mac 2003. Dengan kepimpinan beliau serta kerjasama daripada semua guru dan pekerja sekolah, telah dapat meningkatkan prestasi serta pencapaian sekolah ini ke peringkat yang lebih tinggi. Bilangan pelajar juga semakin bertambah dari setahun ke setahun.
           Guru Besar kedua ialah Encik Azeman bin Mohamed. Beliau mula bertugas pada 16 Julai 2007, mengantikan Encik Ibrahim yang bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Beliau telah bertugas sehingga 01 April 2008 dan kemudiannya digantikan pula oleh Puan Hamidah bt Abdul Rahman sehingga sekarang.

Visi dan Misi Sekolah

0 comments
Visi
Sekolah Kebangsaan Teluk Gunung akan mencapai tahap "Sekolah Harapan Negara pada tahun 2015"
 
 
Misi
* Memastikan pencapaian pelajar dalam bidang Kurikulum di tahap cemerlang
* Memastikan pelajar SK Teluk Gunung aktif mengambil bahagian dalam bidang Kokurikulum
* Memastikan persekitaran sekolah ceria, kondusif dan selamat untuk pembelajaran
* Memastikan pengurusan pentadbiran cekap, mesra, telus dan tulus
* Memastikan wujudnya pemuafakatan dengan badan-badan luar dan saling bantu-membantu

Matlamat Sekolah

0 comments
KURIKULUM
Melaksanakan Program Peningkatan Kurikulum dan Kemjuan Pendidikan
(PKKP) Dengan hasrat mencapai target 100% LULUS dan 40% CEMERLANG dalam semua bentuk penilaian. Pada tahun 2010, berdasarkan 60:40 akan tercapai.
KOKURIKULUM
100% pelajar terlibat secara aktif dalam sukan, permainan, kelab, persatuan dan pasukan beruniform.
Memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang sukan dan mewakili sekolah, daerah, negeri dan negara.

SAHSIAH
Membina sahsiah pelajar yang terpuji dan sikap yang positif bagi melahirkan insan kamil, berguna di dunia dan berbahagia di akhirat.

KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K)
Mewujudkan persekitaran yang kondusif, ceria dan menarik untuk meralisasikan konsep
"SEKOLAHKU RUMAHKU"

Kakitangan Akademik

0 comments

Jumlah Guru SKTG : 30 orang


Guru Besar
Pn Hamidah Binti Abdul Rahman
Opsyen : AM



GPK Pentadbiran
En.Zulkurnain Bin Abdul Samah
Opsyen : MT


GPK Hal Ehwal Murid
En. Naharudin B Md Nor
Opsyen : PA/KT



GPK Kokurikulum
En. Mat Radzuan Bin Mat
Opsyen : KH



Guru Bimbingan & Kaunseling dan KP Bahasa Arab
En Mohd Najib Bin Yamin
Opsyen : J-Qaf


KP Bahasa Inggeris
Pn Rohani Binti Abdullah
Opsyen : BI/MT/PSV


KP Matematik
Pn Nor Hashidawaty Binti Mat Yasin
Opsyen : MT


KP Sains dan Penyelaras PPSMI
En Ruzman Bin Zakaria
Opsyen : SN/KH


KP Bahasa Melayu
Pn Mariam Binti Che Hassan
Opsyen : PM


KP Pend. Islam dan KP KT
En Jummat Bin Sudin
Opsyen : PA


Penyelaras Pendidikan Khas
En Yusoff Bin Mokhtar
Opsyen : Pend. Khas



KP Kem. Hidup dan Guru Data
En Muhammad Safari Bin Ismail
Opsyen : SN/KH


KP Muzik/Sivik/Seni
Pn Nora Yusrina Binti Rahim
Opsyen : MU/BM


Penyelaras ICT
En Mohamad Redzuan Bin Idris
Opsyen : J-Qaf


Penyelaras PRA Sekolah
Pn Meriam Binti Abd Ghani
Opsyen : PRA Sekolah


 Penyelaras PSS/Media
Pn Salasiah Binti Hj Mohd Noor
Opsyen : PM/KT


Guru Pemulihan
En Mohd Nazaruddin Bin Mat Husin
Opsyen : PM/KH


Guru Penolong
En Jeffry Bin Abu Bakar
Opsyen : MAT/PJK


Guru Penolong
Pn Hayati Binti Abdullah
Opsyen : PA


Guru Penolong
En. A. Rahman Bin Mat
Opsyen : PA


Guru Penolong
Pn Chua Pink See
Opsyen : PJK


Guru Penolong
Pn Zahariah Binti Idris
Opsyen : PM/SN/KT


Guru Penolong
Cik Siti Saadiah Binti Hj Mohd Noor
Opsyen : PI


Guru Penolong
Pn Nora Farizan Binti Shahrom
Opsyen : KH /Kajian Sosial


Guru Penolong
Pn Maizatul Akmam Binti Abd Malek
Opsyen : KH/MAT


Guru Penolong
Pn Siti Aminah Binti Ab Ghani
Opsyen : J-Qaf


Guru Penolong
Pn Noraziah Binti Yusof
Opsyen : PI


Guru Penolong
Pn Marsitah Binti Ibrahim
Opsyen : PM


Guru Penolong
Pn Nurlini Binti Abd Azais
Opsyen : Pend. Khas

 
Guru Penolong
En Muhamad Khusairi Bin Ahmad
Opsyen : MU/KT