Saturday, February 20, 2010

Utama

0 comments

         SEKAPUR SIREH SK TELUK GUNUNG

           Sekolah Kebangsaan Teluk Gunung diambil nama sempena nama Kg Teluk Gunung. Sekolah ini mula dibuka pada 01 Januari 2003, iaitu kira-kira enam tahun yang lalu. Pada awalnya murid sekolah ini mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Merapoh yang terletak kira-kira 4 km dari sekolah ini
           Pada awal pembukaan sekolah ini, bilangan pelajarnya adalah seramai 257 orang yang terdiri daripada 125 murid lelaki dan 132 murid perempuan. Murid-murid sekolah ini berasal dari Kampung Teluk Gunung serta beberpa kampong berhampiran seperti Kampung Persit, Kampung Berhamah, Kampung Kubang Rusa, Kampung Gua Kalong dan Kampung Bechah Kelubi. Sekolah ini terletak di tepi jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang. Jarak dari Kuala Lipis ialah 93km sementara dari Gua Musang ialah 31km sahaja.
         Encik Ibrahim bin Haji Aziz merupakan guru besar pertama sekolah ini yang mula bertugas pada 01 Mac 2003. Dengan kepimpinan beliau serta kerjasama daripada semua guru dan pekerja sekolah, telah dapat meningkatkan prestasi serta pencapaian sekolah ini ke peringkat yang lebih tinggi. Bilangan pelajar juga semakin bertambah dari setahun ke setahun.
           Guru Besar kedua ialah Encik Azeman bin Mohamed. Beliau mula bertugas pada 16 Julai 2007, mengantikan Encik Ibrahim yang bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis. Beliau telah bertugas sehingga 01 April 2008 dan kemudiannya digantikan pula oleh Puan Hamidah bt Abdul Rahman sehingga sekarang.

0 comments:

Post a Comment