Sunday, May 16, 2010

MYCAT ke SKTG

0 comments
Tarikh : 25 Mac 2010


Pengenalan
MYCAT (Malaysian Conservation Alliance for Tigers)


MYCAT adalah program bersama antara Persatuan Pencinta Alam Malaysia, TRAFFIC Southeast Asia, Wildlife Conservation Society - Malaysia Programme dan WWF- Malaysia, dengan sokongan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi pelaksanaan bersama Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan untuk Malaysia.





Pelan Tindakan Harimau Kebangsaan untuk Malaysia telah dihasilkan oleh PERHILITAN dengan kerjasama rakan sekutu MYCAT dan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia pada 2008 sebagai sebuah rancangan pemuliharaan harimau di Malaysia.





Penerangan oleh Sukarelawan MYCAT




















































































Ambil Tindakan !!
* Pelajari mengenai harimau dan mangsa harimau daripada sumber yang dipercayai dan berkongsi maklumat dengan rakan serta keluarga anda.

* Sertai dan sokong organisasi pemuliharaan.
* Minta alternatif herba yang sah bagi menggantikan penggunaan ubat-ubatan yang dikatakan mengandungi harimau atau spesies terancam yang lain.
* Jangan memakan daging daripada harimau, rusa liar atau babi liar
* Jauhi restoran yang menghidangkan daging haiwan liar.
* Bayar lebih untuk barangan mesra-hidupan liar.
* Jauhi zoo, taman tema atau koleksi peribadi yang mempamerkan haiwan liar yang diperolehi secara haram.
* Hantarkan SMS bagi melaporkan sebarang  jenayah yang melibatkan harimau dan mangsa harimau ke Talian Hotline Hidupan Liar di 019-3564194

email : mycat.so@malayantiger.net
website : www.malayantiger.net

0 comments:

Post a Comment