Sunday, June 20, 2010

Selamat Kembali ke Sekolah

0 comments
Assalamualaikum
Alhamdulillah..hari ini merupakan hari pertama penggal ke 2 persekolahan bagi tahun 2010.
Pihak pengurusan dan pentadbiran SKTG mengucapkan Selamat Kembali Bersekolah kepada semua murid SKTG. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang terus memberi sokongan kepada SKTG meskipun masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki dan diselesaikan. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati usaha usaha pendidikan yang kita perjuangkan.
Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada guru guru masih setia menanti dan meneruskan khidmat di SKTG. Walaupun pada penggal ini SKTG kehilangan seorang guru yang berdedikasi dan berwibawa kerana telah berpindah, namun SKTG telah menerima seorang kakitangan baru, seorang guru ganti dan beberapa orang guru pelatih.
Semoga kita semua memiliki guru guru yang ikhlas serta sabar dalam mendidik murid murid menjadi manusia bertaqwa.

                           " Membentuk Generasi Rabbani yang Cemerlang & Gemilang"

0 comments:

Post a Comment