Thursday, August 19, 2010

Sekolah dapat dua hari cuti tambahan Aidilfitri – Utusan Malaysia

0 comments



Semua sekolah mendapat cuti tambahan dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri, September depan.


Ketua Pengarah Pelajaran, tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sekolah akan bercuti selama 11 hari bermula  dari 4 September berbanding sembilan hari seperti yang dijadualkan sebelum ini.


“Sekolah-sekolah akan bercuti selama 11 hari termasuk cuti tambahan 13 dan 14 September iaitu hari Isnin dan Selasa” katanya.


Tarikh cuti itu adalah untuk sekolah-sekolah yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad. manakala bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu tarikh mula dan akhir cuti berbeza satu hari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan.


catatan : Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment