Wednesday, September 29, 2010

Sambutan Ambang Merdeka - 1 Malaysia Menjana Transformasi

0 comments
TELUK GUNUNG, 30 Ogos - Warga SKTG telah bersama-sama meraikan Sambutan Ambang Merdeka, acara telah berlangsung pada pukul 10 pagi bertempat di Dewan Terbuka SKTG. Pada awal Ogos yang lalu, pihak sekolah telah merancang pengisian bulan merdeka dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pertandingan mewarna logo 1 Malaysia, Jalur Gemilang, mencipta sajak dan puisi, persembahan nyanyian dan banyak lagi.


Anugerah Guru Berjiwa Patriotik

Penyampaian hadiah murid Praskolah


Semua murid dan guru berkumpul di Dewan Terbuka SKTG

Pn Chua Pink See pengacara majlis


1 Malaysia Menjana Transformasi


Barisan tenaga pengajar



Persembahan nyanyian lagu Warisan dari kelas 5 Ibnu Sina

GPK Pentadbiran, En Zulkurnain

giliran guru guru pula menyanyi dan laungan merdeka sebanyak 7 kali

wajah wajah yang bakal meninggalkan SKTG



pertandingan mewarna

murid murid prasekolah



persembahan nyanyian Tanggal 31 oleh murid murid kelas 4 Ibnu Sina




Cikgu Safari terima hadiah juga?..hehehe

Pn Salasiah pun dapat juga....

Teacher Saadiah pun?...tahniah

cikgu cikgu bersedia.....

anak anak bangsa





Azizi malu malu....

Monday, September 20, 2010

Perjuangan di Kala Peperiksaan

0 comments
Tenaga Pengajar bersama calon calon UPSR 2010


TELUK GUNUNG, 20 September - Esok 21 September (Selasa), semua murid Tahun 6 diseluruh negara akan akan menghadapi ujian getir pertama sepanjang pembelajaran selama 6 tahun. Pihak sekolah mendoakan agar semua calon diterangkan hati dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Insyaallah....
Pada para pelajar,
Janganlah kita ambil mudah setiap peperiksaan yang bakal dihadapi, walaupun semudah mana, kejayaan anda dalam peperiksaan masih bergantung pada usaha. Namun begitu, janganlah kita terlalu dibuai arus peperiksaan sehingga terlalai melunaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim pertamanya dan sebagai manusia umumnya. Semoga anda semua beroleh kejayaan...





                                                                                                                Ikhlas dari,
                                                                                                                       Warga SKTG

Friday, September 3, 2010

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri

0 comments
TELUK GUNUNG, 4 Sept - Semua pelajar dan guru SKTG akan mula bercuti pada 4 September sehingga 16 September 2010 sempena Cuti Pertengahan Penggal ke-2 dan Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Berhati-hati semasa dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing dan semasa kembali semua ke SKTG nanti.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua- Pelajar-pelajar, Guru-Guru dan juga Kakitangan sekolah.
“Maaf Zahir & Batin.
Semoga Hari Raya ini akan memberikan kita lebih kekuatan untuk mencapai lebih kejayaan.”

p/s : Jangan main mercun & jangan lupa untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan.