Saturday, January 1, 2011

PELAJAR CEMERLANG 5A SKTG 2010

1 comments
MOHAMAD ZULHILMI B MUSA
6 IS

RAHSIA KEJAYAAN :
" BELAJAR BERSUNGGUH SUNGGUH, MENDENGAR NASIHAT, SOLAT HAJAT, MENGIKUTI SEMUA PROGRAM YANG DIJALANKAN DAN MENGIKUTI KELAS TAMBAHAN. "

NIK NABILAH FARHANA
6 IS

RAHSIA KEJAYAAN:
" ASSALAMUALAIKUM....SAYA NIK NABILAH FARHANA BINTI NIK SUHAIMI. RAHSIA KECEMERLANGAN SAYA IALAH SAYA MEMBACA BUKU DAN MENGULANGKAJI PELAJARAN SETIAP HARI. SELAIN ITU JUGA, SELEPAS SETIAP KALI SAYA SEMBAHYANG FARDU, SAYA AKAN SEMBAHYANG HAJAT DAN AKAN BERDOA. DI SAMPING ITU SEBELUM PEPERIKSAAN, SAYA AKAN MEMBUAT JADUAL WAKTU UNTUK MENGURUS PEMBELAJARAN SAYA SUPAYA TIDAK MEMBUANG MASA. SETERUSNYA, SAYA AKAN BELAJAR DARIPADA KERTAS PEPERIKSAAN  LEPAS YANG MUNGKIN ADA YANG MASUK PEPERIKSAAN. AKHIR SEKALI SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T KERANA TELAH DIBERI KEJAYAAN KEPADA SAYA PADA TAHUN INI. " 


SITI MUNIRAH
6 IS

RAHSIA KEJAYAAN :
" 1. SEMBAHYANG HAJAT SETIAP HARI BERSAMA KELUARGA ATAU SEORANG.
2. SELEPAS SOLAT HAJAT, MINTA MAAF DENGAN SEMUA AHLI KELUARGA.
3. BACA YASIN BERSAMA IBU BAPA
4. BANGUN PUKUL 5 PAGI BUAT ULANGKAJI KERANA ILMU MUDAH UNTUK DIFAHAMI
5. BUAT STUDY GROUP
6. JADUAL WAKTU PENGURUSAN BELAJAR
7. ULANGKAJI KERTAS PEPERIKSAAN YANG LEPAS
8. SENTIASA BERSYUKUR KEPADA ALLAH. "

Thursday, December 30, 2010

HARI ANUGERAH AKADEMIK SK TELUK GUNUNG 2010

0 comments



































Monday, November 1, 2010

Majlis Sambutan Aidilfitri 2010

0 comments

TELUK GUNUNG, 24 September 2010 : SK Teluk Gunung telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2010 bertempat di Dewan Terbuka SKTG. Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Najib dan ucapan oleh Guru Besar. Kehadiran guru guru dan kakitangan daripada sekolah sekolah berdekatan memeriahkan lagi sambutan disamping dapat mengeratkan silaturrahim. Pelbagai jenis hidangan dapat dinikmati bersama.. Semoga jumpa lagi di 1 Syawal tahun depan..Insyaallah..





Murid murid Prasekolah





Wednesday, September 29, 2010

Sambutan Ambang Merdeka - 1 Malaysia Menjana Transformasi

0 comments
TELUK GUNUNG, 30 Ogos - Warga SKTG telah bersama-sama meraikan Sambutan Ambang Merdeka, acara telah berlangsung pada pukul 10 pagi bertempat di Dewan Terbuka SKTG. Pada awal Ogos yang lalu, pihak sekolah telah merancang pengisian bulan merdeka dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan seperti pertandingan mewarna logo 1 Malaysia, Jalur Gemilang, mencipta sajak dan puisi, persembahan nyanyian dan banyak lagi.


Anugerah Guru Berjiwa Patriotik

Penyampaian hadiah murid Praskolah


Semua murid dan guru berkumpul di Dewan Terbuka SKTG

Pn Chua Pink See pengacara majlis


1 Malaysia Menjana Transformasi


Barisan tenaga pengajar



Persembahan nyanyian lagu Warisan dari kelas 5 Ibnu Sina

GPK Pentadbiran, En Zulkurnain

giliran guru guru pula menyanyi dan laungan merdeka sebanyak 7 kali

wajah wajah yang bakal meninggalkan SKTG



pertandingan mewarna

murid murid prasekolah



persembahan nyanyian Tanggal 31 oleh murid murid kelas 4 Ibnu Sina




Cikgu Safari terima hadiah juga?..hehehe

Pn Salasiah pun dapat juga....

Teacher Saadiah pun?...tahniah

cikgu cikgu bersedia.....

anak anak bangsa





Azizi malu malu....